Tips : Cara Memasukkan Fail GIF Pada Paparan Always On Display 0 94

Jika korang ada memiliki Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ ataupun Galaxy Note 8, dan sudahpun mengemaskinikan peranti korang ke Android 8.0 Oreo. Kini korang boleh menggunakan fail GIF pada paparan Always On Display, dengan syarat fungsi itu telah dikemaskinikan ke versi yang terbaru. Jadi bagi membantu korang untuk memasukkan fail GIF pada paparan Always On Display, kami akan berkongsi langkah demi langkah seperti berikut…

Langkah 1

⇑ Akses Settings → Lock screen and security → Always On Display. Kemudian pilih sama ada Clock atau Home button and clock di ruangan Content to show section.

Langkah 2

⇑ Kemudian kembali semula ke menu sebelumnya iaitu Lock screen and security, dan klik pada menu Clock and FaceWidgets.

Langkah 3

⇑ Klik pada menu Clock style untuk melihat gaya jam yang disediakan.

Langkah 4

⇑ Anda perlu meleretkan skrin ke kiri dan pastikan pilih jenis jam seperti yang ditunjukkan di atas dan anda hanya perlu menekan simbol + yang terdapat dalam kotak untuk memasukkan fail GIF. Anda bebas memilih fail GIF peribadi yang disimpan di dalam peranti atau klik sahaja pada butang ‘Add GIF’ untuk menggunakan fail GIF pra-pasang yang disediakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend