[Tips] Cara Memastikan Rangkaian Internet Lebih Stabil Dan Laju Sebelum Bermain ‘Game’ Comments Off on [Tips] Cara Memastikan Rangkaian Internet Lebih Stabil Dan Laju Sebelum Bermain ‘Game’ 570

Sebagaimana yang anda sedia maklum, genre permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) seperti Mobile Legends: Bang Bang dan genre permainan Battle Royale seperti PUBG, Fortnite atau Rules of Survival memerlukan sambungan Internet yang laju dan stabil. Ini bagi mendapatkan ping yang lebih rendah bagi memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya anda boleh memastikan rangkaian Internet yang lebih laju dan stabil sebelum anda mula bermain. Untuk pengetahuan anda, apabila anda bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain (contoh: blok bangunan A ke blok bangunan B) telefon pintar anda mungkin masih disambungkan ke menara pemancar di lokasi asal dan menyebabkan capaian Internet yang agak perlahan.

Jadi berikut adalah tips mudah untuk anda ikuti bagi mendapatkan rangkaian Internet yang lebih stabil dan laju sebelum ataupun ketika bermain:

Langkah 1


→ Apabila anda mengaktifkan permainan, mungkin anda pernah melihat masa ping yang agak teruk seperti ini bukan?! Rangkaian sebegini sememangnya akan mengganggu kelancaran permainan.

Langkah 2


→ Walaupun telco anda memaparkan rangkaian Internet dengan simbol yang baik (contoh: 4G+ atau LTE), tetapi peliknya masa ping dilihat sangat teruk.

Langkah 3


→ Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengaktifkan mod penerbangan (Airplane mode) dan biarkan peranti anda berada dalam mod itu untuk beberapa saat (5 hingga 10 saat). Kemudian matikan semula mod penerbangan itu.

Langkah 4


→ Sebaik sahaja anda mematikan mod penerbangan dan kembali semula ke antaramuka permainan, jelas dapat dilihat bahawa ping kini telah berjaya mencatatkan masa yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Perhatian: Sekiranya masa ping yang dicatatkan masih teruk walaupun selepas kesemua langkah dalam tips ini diikuti, ia mungkin disebabkan oleh isu rangkaian yang lemah di lokasi itu sendiri. Sebagai alternatif, anda boleh mematikan rangkaian 4G dan mengaktifkan rangkaian H/H+ sahaja bagi memastikan sambungan lebih stabil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend