[Tips] Cara Memasang/Menukar Tema Gelap Pada ASUS ZenFone Max Pro M1/M2 Tanpa Perlu Menjalankan Proses ‘Root’ 0 1295

ASUS ZenFone Max Pro M1 dan juga model terbaru iaitu ZenFone Max Pro M2 merupakan sebuah telefon pintar mampu milik yang telah mendapat perhatian ramai kerana ia menawarkan sokongan spesifikasi antara yang terbaik di dalam kelasnya. Malah berbeza dengan kebanyakan peranti lain ia turut hadir dengan antaramuka Android asli.

Memandangkan antaramuka Android asli tampil lebih ringkas tanpa sokongan customization, mungkin ada di antara anda yang berasa cepat bosan dan mahukan sedikit kelainan. Malah mungkin juga ada di antara anda yang lebih gemarkan untuk menggunakan antaramuka dengan tema warna gelap. Jadi tanpa perlu menjalankan proses ‘Root’ anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1


Buka aplikasi Chrome pada telefon pintar anda dan akses
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1zhEKC2yFkAbEG0x2JtanHqFG38NoY1KT dan anda dapat melihat tiga fail berbeza iaitu Black_Themes_2.zip, Dark_Themes.zip dan juga Dirt+Da…emes.zip.

Langkah 2


Klik pada salah satu fail tersebut dan muat turun pada telefon pintar anda dengan klik pada ikon ‘download’ yang terdapat pada bahagian atas kanan skrin. Ulang langkah ini sehingga anda berjaya memuat turun ketiga-tiga fail tersebut.

Langkah 3


Apabila selesai memuat turun ketiga-tiga fail tadi, akses pula Google Play Store dan muat turun aplikasi ES File Explorer File Manager.

Langkah 4


Aktifkan aplikasi tersebut dan klik pada bahagian ‘Internal Storage’.

Langkah 5


Cari folder Download ataupun folder yang anda pilih untuk menyimpan ketiga-tiga fail yang telah dimuat turun sebelum ini.

Langkah 6


Apabila anda telah mengakses folder Download, klik pada mana-mana folder fail yang telah dimuat turun pada langkah 2 sebelum ini.

Langkah 7


Di dalam folder itu akan tersenarai APK tema dengan efek warna yang berbeza.

Langkah 8


Pilih mana-mana fail APK dan jalankan proses pemasangan dengan klik pada menu ‘INSTALL’. Pastikan anda memberi kebenaran untuk aplikasi ES File Explorer menjalankan proses pemasangan fail APK.

Langkah 9


Apabila selesai proses pemasangan, klik butang ‘Done’ dan anda perlu memasang sekurang-kurangnya tiga fail APK yang terdapat di dalam folder. Apabila selesai, anda perlu restart telefon pintar tersebut.

Langkah 10


Sebaik sahaja peranti dihidupkan semula, anda boleh melihat tema warna telah bertukar ke mod gelap secara automatik. Jadi untuk menukar tema yang disukai, anda perlu mengakses Settings → Display → Advanced → kini terdapat menu baharu iaitu Device theme.

Langkah 11


Klik sahaja pada menu Device theme dan anda bebas untuk menukarkan tema warna yang diingini daripada senarai. Anda disarankan untuk menjalankan proses restart sekiranya tema yang dipilih berhadapan dengan isu.

Hasilnya…

SEBELUM
SELEPAS

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend