[Tips] Cara Memasang Kemas Kini Android 9.0 Pie Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Secara Manual Comments Off on [Tips] Cara Memasang Kemas Kini Android 9.0 Pie Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Secara Manual 852

Ternyata ASUS betul-betul cuba memenangi hati penggunanya apabila penawaran ASUS ZenFone Max Pro M1 dilihat tampil dengan sokongan spesifikasi yang baik, dan dalam masa yang sama menyokong antaramuka yang mirip kepada Android asli. Lebih menariknya, telefon pintar kelas pertengahan daripada ASUS ini turut disahkan akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie.

Sungguhpun begitu, buat masa ini hanya pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 di India sahaja yang telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie rasmi ini. Manakala berdasarkan berita yang diterima, pemilik di Malaysia akan menerimanya bermula Mei 2019 nanti. Tetapi sekiranya anda sudah tidak sabar untuk mencuba sendiri Android 9.0 Pie ini, kami akan mengajar cara untuk memasang kemas kini tersebut menggunakan firmware daripada India.

Nota: Setakat kami menggunakan firmware Android 9.0 Pie dari India ini, tiada sebarang isu yang dihadapi dan ia beroperasi tanpa masalah.

Cara memasang kemas kini Android 9.0 Pie (India) pada ASUS ZenFone Max Pro M1:

Langkah 1


Pada peranti anda, akses Chrome dan klik sahaja pada pautan URL berikut: https://www.asus.com/in/Phone/ZenFone-Max-Pro-ZB601KL/HelpDesk_BIOS/. Pilih tab ‘Driver & Tools’ diikuti dengan tab ‘BIOS & FIRMWARE’. Untuk memulakan proses muat turun firmware Android 9.0 Pie, klik pada butang ‘DOWNLOAD’.

Langkah 2


Benarkan kesemua akses yang diperlukan oleh Chrome, dan secara automatik proses muat turun akan dijalankan.

Langkah 3


Apabila fail firmware telah selesai dimuat turun, kembali semula ke App Drawer pada peranti anda dan klik pada aplikasi File.

Langkah 4


Akses folder Download atau folder yang telah anda pilih sebelum ini untuk menyimpan fail firmware. Untuk memaparkan fail tersebut, klik pada simbol tiga titik bertindih pada bahagian atas kanan skrin, dan pilih menu ‘Show internal storage’.

Langkah 5


Kini anda boleh lihat fail firmware di dalam folder tersebut dan pindahkan fail tersebut dengan memilih menu ‘Move to…’ dengan menyentuh fail tersebut beberapa saat. Seterusnya klik pada simbol tiga garisan pada bahagian atas kiri skrin dan pilih menu ‘ASUS_X00TD, kemudian klik pada butang ‘MOVE’. Pastikan fail tersebut tidak dipindahkan ke dalam mana-mana folder.

Langkah 6


Matikan dan hidupkan semula peranti anda seperti biasa, kini secara automatik peranti akan mengesan kemas kini baharu untuk peranti anda di ruangan notifikasi. Klik sahaja notifikasi itu untuk memulakan proses kemas kini ke Android 9.0 Pie. Pastikan anda memiliki peratusan bateri tidak kurang daripada 20% sebelum memulakan proses kemas kini ini.

Kini peranti anda telahpun selesai dioperasikan dengan Android 9.0 Pie:


Sebaik sahaja proses kemas kini selesai dipasang, peranti anda akan dihidupkan semula seperti biasa dan untuk pengetahuan anda kesemua fail yang disimpan di dalam peranti tidak akan hilang kerana ia tidak menjalankan proses factory reset.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend