[Tips] Cara Memaparkan Perkongsian Gambar Dan Video Yang Diterima Di Group WhatsApp Pada Galeri 0 324

Sebelum ini kesemua media yang diterima dalam aplikasi permesejan popular WhatsApp akan terus dipaparkan di dalam galeri gambar pada telefon pintar kita. Namun memandangkan agak sukar untuk kita menguruskan gambar ataupun video yang diterima, terutamanya daripada kumpulan sembang yang sangat aktif, maka secara default kesemua media itu tidak lagi dipaparkan dalam galeri.

Pendekatan terbaharu yang diperkenalkan ini sememangnya bagus, tetapi mungkin ada di antara anda yang mahu gambar yang diterima dipaparkan di dalam galeri bagi memudahkan rujukan semula untuk tujuan kerja atau sebagainya. Jadi untuk memaparkan semula kesemua media yang diterima dari WhatsApp di dalam galeri gambar peranti Android atau iOS, ikuti sahaja cara berikut:

Android

Langkah 1: Akses ruang sembang kumpulan yang anda mahu media yang diterima dipaparkan di dalam galeri peranti dan klik pada menu (simbol tiga titik).

Langkah 2: Pilih menu Group info’.

Langkah 3: Klik sahaja pada menu ‘Media visibility’.

Langkah 4: Secara default, pilihan ‘No’ akan diaktifkan dan anda hanya perlu klik pada menu ‘Yes’ untuk memaparkan kesemua media yang diterima dari ruang sembang kumpulan itu pada galeri gambar.

 

iOS

Langkah 1: Akses aplikasi WhatsApp dan sama seperti peranti Android, pilih ruang sembang kumpulan yang diingini.

Langkah 2: Berbeza dengan peranti Android, anda perlu klik pada bar info ruang sembang kumpulan untuk mengakses menu.

Langkah 3: Pilih menu ‘Save to Camera Roll’ untuk memastikan kesemua media yang diterima daripada ruang sembang kumpulan berkenaan akan dipaparkan pada galeri peranti anda.

Langkah 4: Pilih menu ‘Always’ dan kini kesemua gambar atau video yang diterima akan dipaparkan di dalam galeri peranti.

Perhatian: Anda bebas untuk menutup semula fungsi untuk memaparkan media ini pada galeri peranti anda dengan mengikuti langkah seperti di atas, dan hanya matikannya secara manual.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend