Tips: Cara Berkongsi Gambar Dan Video Kemeriahan Hari Raya Dalam Kualiti HD Di Facebook 0 569

Bila tiba hari raya nanti, pastinya ramai antara kita yang akan berkongsi gambar baju baru dan juga kemeriahan sambutan di kampung halaman masing-masing di Facebook bukan?! Jadi sebelum korang menyesal gara-gara gambar atau video yang dikongsikan di Facebook tu nanti nampak kabur dan tak jelas, pastikan korang ikuti tips ringkas dari kami ni…

Langkah 1

>> Buka aplikasi Facebook pada telefon pintar, dan klik pada ikon menu (simbol tiga garisan) pada bahagian atas kanan skrin.

Langkah 2

>> Tatal skrin ke bawah dan pilih menu Settings & Privacy dan diikuti dengan menu Settings.

Langkah 3

>> Sekali lagi tatal skrin ke bawah dan pilih menu Media and contacts.

Langkah 4

>> Pastikan korang tandakan pada ruang Upload photos in HD dan juga Upload videos in HD.

Sekarang perkongsian gambar dan video korang di Facebook akan kelihatan lebih jelas dan terang kerana ia akan dimuat naik dalam kualiti HD.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend