[Tips] Berkongsi Sambungan WiFi Tanpa Perlu Mendedahkan Atau Mengingati Kata Laluan Menggunakan Peranti EMUI 0 360

Apabila ada kawan datang berkunjung ke rumah dan meminta kata laluan sambungan WiFi, mungkin ada di antara anda yang agak keberatan untuk berkongsi kata laluan dengan mereka. Ini mungkin disebabkan ada di antara kita yang menggunakan kata laluan sama untuk akaun laman sosial dan sebagainya.

Dalam senario berbeza mungkin anda tidak kisah untuk berkongsi kata laluan itu, tetapi masalahnya adalah anda tidak dapat mengingati kata laluan yang telah ditetapkan sebelum ini. Menyedari akan isu ini, Huawei dilihat agak bijak untuk mengatasinya dengan membenarkan perkongsian sambungan WiFi pada peranti EMUI dengan peranti lain melalui bantuan kod QR seperti berikut…

Cara berkongsi sambungan WiFi dengan peranti lain menggunakan peranti EMUI:

Langkah 1


Akses Settings pada peranti EMUI dan klik pada menu Wireless & networks.

Langkah 2


Seterusnya klik pada menu WiFi.

Langkah 3


Klik pada sambungan WiFi yang telah disambungkan pada peranti EMUI.

Langkah 4


Satu tetingkap akan dipaparkan pada skrin, dan anda boleh meminta rakan anda itu untuk mengimbas kod QR yang dipaparkan untuk memastikan peranti milik mereka akan disambungkan ke WiFi yang anda gunakan secara automatik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend