[Tips] Bagaimana Caranya Untuk Memasang Android Q Beta Pada ASUS ZenFone 5Z Comments Off on [Tips] Bagaimana Caranya Untuk Memasang Android Q Beta Pada ASUS ZenFone 5Z 363

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Google di dalam acara Google I/O 2019 yang lalu, ASUS telah dipilih sebagai salah satu daripada 12 jenama pengeluar yang boleh memuat turun kemas kini Android Q Beta secara rasmi. Menariknya, ASUS Malaysia kini telah mengumumkan bahawa ASUS ZenFone 5Z merupakan satu-satunya model keluarannya yang boleh dipasang dengan Android Q Beta ini.

Antara fungsi baharu pada Android Q Beta:

  • Dark Theme Android Q kini menyokong tema gelap secara menyeluruh pada sistem. Pengaktifan Dark Theme ini boleh dibuat melalui Settings ataupun dengan mengaktifkan fungsi Battery Saver.
  • Suggested actions in notifications – Anda boleh membalas mesej yang diterima berdasarkan respons pintar yang dicadangkan.
  • Prioritized notifications  Setiap notifikasi yang diterima boleh ditentukan sama ada akan menerima bunyi nada dering, getaran dan akan dipaparkan pada lockscreen, ataupun sebaliknya.

Isu yang diketahui setakat ini pada Android Q Beta:

  • Kad microSD dengan format exFAT tidak disokong.
  • Tiada bunyi ‘beep’ apabila butang volume ditekan.

Namun begitu, bagi pemilik ASUS ZenFone 5Z yang berminat untuk mencuba sistem operasi terbaharu ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memasangnya pada peranti keluaran anda:

  • Firmware atau ROM ini ditawarkan oleh ASUS untuk model ZenFone 5Z (ZS620KL).
  • Kemas kini Android Q Beta mungkin tidak stabil sebagaimana kemas kini rasmi, dan dengan pemasangan kemas kini ini bermakna anda telah menerima sebarang risiko yang akan dihadapi.
  • Perlu diingatkan bahawa pemasangan kemas kini ini akan memadam kesemua data peribadi daripada peranti, jadi anda perlu membuat salinan data terlebih dahulu.
  • Sila ikuti arahan untuk menyertai kemas kini Android Q Beta melalui kaedah Fastboot. Bagi mendapatkan bantuan, anda boleh kunjungi pusat servis ASUS yang terdekat.

Keperluan sistem:

  • Komputer yang dioperasikan dengan Windows
  • Kabel USB

Muat turun fail imej Android Q pada komputer → https://dlcdnets.asus.com/pub/ASUS/ZenFone/ZS620KL/

Cara pemasangan:

Langkah 1: Pastikan ASUS ZenFone 5Z anda memiliki bateri lebih daripada 20%. Tekan butang kuasa dan butang Volume Up secara serentak sehingga peranti anda dihidupkan semula (reboot).

Langkah 2: Sebaik sahaja peranti dihidupkan, antaramuka Fastboot Mode akan dipaparkan pada skrin peranti.

Langkah 3: Sambungkan ASUS ZenFone 5Z anda ke komputer menggunakan kabel USB.

Langkah 4: Unzip fail imej Android Q yang telah anda muat turun pada komputer sebelum ini. Kemudian double click pada fail ‘update_image.bat’, dan secara automatik ia akan mengaktifkan arahan (command) untuk pemasangan kemas kini. Ketika proses ini berlangsung, elakkan daripada menanggalkan sambungan kabel USB dan pastikan sambungan stabil.

Langkah 5: Apabila proses pemasangan kemas kini selesai, mesej ‘Download Complete’ akan dipaparkan pada terminal. Klik pada butang Enter pada papan kekunci komputer anda untuk menghidupkan semula ASUS ZenFone 5Z. Sekiranya mesej ‘Update image failed’ tertera pada terminal, ia bermaksud proses pemasangan kemas kini tidak berjaya. Jika ini berlaku, anda perlu ulang semula proses pemasangan.

Perhatian!

  • Ingin diingatkan sekali lagi bahawa kemas kini Android Q Beta ini bukanlah kemas kini rasmi yang stabil. Jadi sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu dengan kemas kini ini, anda boleh kongsikan isu tersebut di https://docs.google.com/forms/.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan butiran lebih terperinci tentang Android Q dan cara pemasangannya, atau ingin kembali menggunakan Android P, sila layari https://www.asus.com/Android-Q-Beta/

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta

ASUS ZenFone 6 Disahkan Hadir Dengan Snapdragon 855, Tiga Slot Kad, Bicu Audio Dan LED Notifikasi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend