[Tips] Atasi Masalah Muat Naik Gambar Atau Video Di Facebook Pada EMUI 9 Dengan 3 Langkah Mudah 0 369

Memandangkan beberapa model keluaran Huawei dan Honor telah mula menerima kemas kini EMUI 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie, ada segelintir daripada pemilik peranti telah berhadapan dengan isu untuk memuat naik gambar atau video di Facebook. Ini berikutan kesemua gambar dan video yang disimpan di dalam kad memori langsung tidak dapat diakses sama sekali.

Berdasarkan perkongsian daripada pengguna yang berhadapan dengan isu tersebut, masalah ini terjadi selepas mereka mengemaskini peranti mereka ke EMUI 9. Melalui fahaman kami juga, ia berlaku disebabkan oleh pemilik peranti tidak mengeluarkan kad memori microSD mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan proses kemas kini ke EMUI 9. Jadi bagi mengatasinya, ikuti tips yang akan kami ajarkan ini…

Langkah 1


Akses Settings pada peranti EMUI anda, dan klik menu Storage.

Langkah 2


Seterusnya klik pada tab Memory Card dan diikuti dengan menekan pada butang EJECT’.

Langkah 3


Tanpa perlu mengeluarkan kad memori microSD anda daripada slot peranti, tekan sahaja butang ‘MOUNT’. Kini anda boleh memuat naik gambar atau video yang tersimpan di dalam kad memori microSD ke Facebook seperti biasa.

Kredit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend