Tips: Aktifkan Mod Gelap Pada Aplikasi Chrome Untuk Menjimatkan Bateri Pada Peranti OLED Atau AMOLED Comments Off on Tips: Aktifkan Mod Gelap Pada Aplikasi Chrome Untuk Menjimatkan Bateri Pada Peranti OLED Atau AMOLED 920

Mungkin ada di antara pembaca di luar sana yang mengetahui bahawa peranti yang tampil dengan sokongan paparan skrin berasaskan OLED atau AMOLED lebih sesuai untuk menggunakan paparan gelap. Ini bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga bateri kerana setiap piksel akan dinyalakan secara berasingan dan ia tidak akan diaktifkan apabila paparan gelap diaktifkan.

Jadi pada kali ini kami akan berkongsi tips dengan pembaca yang memiliki peranti berasaskan paparan OLED/AMOLED untuk menjimatkan penggunaan bateri melalui aplikasi pelayar web Chrome. Selain menjimatkan bateri, pengaktifan paparan gelap turut membantu mengurangkan rasa pedih mata apabila dilihat dalam persekitaran gelap (sesuai juga untuk paparan LCD).

Langkah 1

Akses aplikasi Chrome dan klik pada menu (simbol tiga titik) pada bahagian atas kanan skrin.

Langkah 2

Pilih menu Settings.

Langkah 3

Di bawah kategori Advanced, klik pada menu Accessibility.

Langkah 4

Aktifkan menu ‘Simplified view for web pages’ dan kembali pada laman sesawang yang anda layari sebelum ini.

Langkah 5

Sekiranya pautan atau laman sesawang yang anda layari menyokong mod gelap, pada bahagian bawah skrin akan terpapar mesej ‘Show simplified view’.

Langkah 6

Klik menu Settings aplikasi Chrome yang terletak pada bahagian atas kanan skrin.

Langkah 7

Pilih menu Appearance.

Langkah 8

Untuk mengaktifkan mod gelap, klik pada menu Dark’. Selain itu anda juga boleh menukar saiz fon dan juga jenis fon yang akan digunakan.

Langkah 9

Kini anda sudah boleh membaca laman sesawang dalam mod gelap yang bukan sahaja mampu menjimat penggunaan bateri untuk peranti OLED/AMOLED, tetapi dalam masa yang sama tidak memedihkan mata apabila dibaca dalam persekitaran gelap yang juga sesuai digunakan untuk peranti LCD.

Info tambahan:

Berdasarkan ujian yang pernah dijalankan oleh pengguna di XDA Developers, peranti dengan skrin OLED/AMOLED yang menggunakan imej latar berwarna gelap mampu memberikan penjimatan 6% bagi setiap jam dengan tahap keterangan 20%. Malah ia mampu menjimatkan bateri sekitar 8% bagi setiap jam dengan tahap keterangan maksimum.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend