[Tips] Aktifkan Mod Gelap Di Google Chrome Untuk Penjimatan Bateri Pada Peranti OLED Comments Off on [Tips] Aktifkan Mod Gelap Di Google Chrome Untuk Penjimatan Bateri Pada Peranti OLED 337

Penggunaan panel skrin berasaskan OLED, AMOLED ataupun Super AMOLED bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masa sekarang. Ini berikutan semakin banyak pengeluar telefon pintar dilihat sudah mula memperkenalkan peranti dengan sokongan panel tersebut, termasuklah pada peranti kelas pertengahan keluarannya.

Memandangkan penggunaan antaramuka gelap dikatakan mampu membantu dalam menjimatkan penggunaan bateri, Google sebelum ini telah mengesahkan akan tampil dengan sokongan mod gelap pada lebih banyak aplikasinya termasuklah pada Google Chrome. Sekiranya anda ingin mencubanya, kini ia boleh diaktifkan dengan beberapa langkah mudah.

Pengaktifan mod gelap bukan sahaja mampu menjimatkan penggunaan bateri pada peranti OLED, tetapi ia juga memastikan penggunaan yang lebih baik dalam persekitaran gelap.

Cara mengaktifkan mod gelap pada Google Chrome:

Langkah 1

→ Muat turun aplikasi Chrome Canary di Google Play Store. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini merupakan versi yang masih dalam peringkat pembangunan dan ia sentiasa akan menerima pelbagai fungsi baharu untuk diekperimentasikan.

Langkah 2

→ Akses aplikasi Chrome Canary dan pada ruangan carian taip ‘chrome://flags’. Laman ‘Experiments’ akan dipaparkan pada skrin peranti anda.

Langkah 3

→ Di ruangan carian pada paparan itu, taip ‘Force Dark Mode for Web Contents’.

Langkah 4

→ Apabila hasil carian dipaparkan, klik pada butang ‘Default’ dan pilih menu ‘Enabled with selective inversion of non-image elements’.

Langkah 5

→ Kini laman sesawang yang dipaparkan pada Google Chrome akan dipaparkan dalam mod gelap, tetapi dalam masa yang sama warna pada imej berwarna masih dikekalkan seperti asal.

PERHATIAN!
Sekiranya anda memiliki peranti dengan sokongan panel skrin berasaskan LCD, kami juga menyarankan anda untuk mengikuti tips ini agar ia boleh digunakan dalam persekitaran gelap.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend