Tips : 10 Tetapan Menarik Untuk Huawei P20 Dan P20 Pro 0 1092

Huawei P20 dan P20 Pro sudahpun mula dijual secara rasmi di pasaran Malaysia bermula semalam iaitu 6 April 2018. Jadi sekiranya anda sudahpun memiliki salah satu model terbaru dari Huawei ini, kami ingin berkongsi 10 tips menarik untuk anda ikuti bagi memastikan fungsi yang ditawarkan pada Huawei P20 dan P20 Pro dapat dioptimumkan sebaik mungkin.

Tips #1 – Antaramuka Gelap

↑ Memandangkan Huawei P20 Pro menyokong paparan skrin jenis OLED, penggunaan antaramuka dengan warna latar yang lebih gelap sedikit sebanyak mampu menjimatkan penggunaan bateri. Dalam masa yang sama, penggunaan warna antaramuka yang gelap ini juga terasa lebih selesa untuk dilihat di dalam persekitaran yang gelap.

Caranya : Settings → Battery → Darken interface colours

 

Tips #2 – Pilihan Butang Kawalan

↑ Untuk pengetahuan anda, nisbah paparan skrin pada Huawei P20 dan P20 Pro adalah lebih panjang iaitu 18.7:9 berbanding nisbah paparan skrin Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang berukuran 18.5:9. Jadi sekiranya anda mahukan paparan skrin yang lebih luas tanpa diganggu dengan butang kawalan pada skrin, Huawei telah menyediakan sebanyak empat jenis sistem navigasi berbeza dan pilihan terbaik adalah ‘Off-screen navigation button’ kerana anda boleh mengawal peranti pada sensor pengimbas cap jari sahaja.

Caranya : Settings → System → System navigation → Off-screen navigation button

 

Tips #3 – ‘Screenshot’ Menggunakan Kaedah Ketukan Pada Skrin

 

↑ Kebiasaannya screenshot pada peranti Android mengkehendaki anda untuk menekan butang volume down dan butang kuasa secara serentak. Tetapi dengan Huawei P20 dan P20 Pro anda boleh menggunakan buku jari (knuckles) untuk mengambil screenshot normal atau screenshot yang panjang. Malah anda boleh mengetuk pada paparan skrin menggunakan buku jari dan meleretkannya pada bahagian yang dikehendaki untuk fungsi crop pada gambar ataupun video.

Caranya :  Settings → Smart assistance → Motion control → Smart screenshots

 

Tips #4 – Penukaran Butang Pintas ‘Ultra Snapshot’

↑ Apabila peranti berada dalam mod idle, anda boleh mengambil gambar dengan sangat pantas tanpa perlu mengakses aplikasi kamera. Apa yang perlu anda lakukan adalah menekan butang volume down sebanyak dua kali dan secara automatik gambar akan diambil menggunakan kamera utama. Fungsi ini boleh digunakan untuk mengambil gambar secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh orang lain. Tetapi sekiranya anda merasakan fungsi ‘Ultra Snapshot’ ini tidak diperlukan, anda boleh menggantikannya dengan akses pantas kamera.

Caranya : Kamera → Settings → Ultra snapshot

 

Tips #5 – Pengaktifan Kamera 40 Megapiksel

↑ Untuk pengetahuan anda, kamera Huawei P20 Pro secara default telah disetkan kepada 10 Megapiksel sahaja. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan hasil gambar yang lebih terperinci (detail), anda boleh mengaktifkan penggunaan kamera 40 Megapiksel. Namun begitu, pengaktifan kamera 40 Megapiksel ini akan menyebabkan fungsi zum optikal sebanyak 3x dan juga zum hibrid 5x tidak lagi boleh digunakan. Selain itu, rakaman video untuk P20 dan P20 Pro juga telah ditetapkan setakat 1080p sahaja, dan anda boleh menukarnya untuk menyokong rakaman video 4K UHD.

Caranya : Kamera  → Settings → Resolution

 

Tips #6 – Pengambilan Gambar Di Dalam Gelap

 ↑ Kualiti penggambaran pada waktu malam menggunakan Huawei P20 dan P20 Pro tidaklah mengecewakan kerana ia menyokong aperture f/1.8 dengan penyediaan fungsi penggambaran Night Shot yang akan mengaktifkan penggambaran menggunakan tetapan slow shutter speed bagi memastikan gambar lebih terang dan jelas. Lebih menariknya, anda tidak memerlukan tripod kerana anda hanya perlu memegangnya seperti biasa dan gambar tidak akan kabur dengan bantuan penggambaran AI.

Caranya : Kamera → More → Night shot

 

Tips #7 – Mengubah Saiz Antaramuka

Sekiranya anda merasakan antaramuka pada Huawei P20 dan P20 Pro kelihatan agak besar dan mahukan saiz yang lebih kecil, fungsi View Mode ada disediakan. Melalui fungsi ini, anda boleh melaras saiz paparan antaramuka dalam tiga saiz paparan berbeza iaitu Small, Default atau Large. Semakin kecil saiz paparan antaramuka bermakna semakin banyak kandungan dapat dipaparkan pada skrin.

Caranya : Settings → Display → View mode

 

Tips #8 – Buka Peranti Menggunakan ‘Face Unlock’

↑ Walaupun Huawei P20 dan P20 Pro disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada bahagian panel hadapan, anda juga sebenarnya boleh membuka peranti dengan lebih mudah dan pantas menggunakan fungsi Face Unlock. Proses pengimbasan wajah pada kedua-dua model ini sememangnya sangat pantas kerana tanpa perlu menekan sebarang butang, anda hanya perlu mengangkat peranti dan menghalakannya pada wajah.

Caranya : Settings → Security & privacy → Face unlock

 

Tips #9 – Sembunyikan Takuk Pada Skrin

Sekiranya anda sangat tidak menggemari takuk skrin pada Huawei P20 atau P20 Pro, Huawei ada menyediakan fungsi khas yang boleh diaktifkan bagi menyembunyikan takuk tersebut. Ia sememangnya merupakan satu fungsi yang sangat bijak dan praktikal kerana walaupun bahagian takuk skrin disembunyikan, anda masih mampu melihat status isyarat, notifikasi dan juga masa pada ruang tersebut.

Caranya : Settings → Display → Notch

 

Tips #10 – Always On Display

Huawei P20 Pro menggunakan paparan skrin OLED jadi ia memiliki kelebihan untuk menyokong fungsi tambahan iaitu Always Display InformationNamun fungsi yang ditawarkan hanya terhad untuk memaparkan masa, tarikh dan juga status bateri sahaja, berbanding fungsi Always On Display pada peranti Samsung yang turut menyokong paparan ikon notifikasi.

Caranya : Settings → Security & privacy → Screen lock & passwords → Always display information

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend