Tinjauan Menunjukkan Pengguna Android Beralih Ke iOS Atas Sebab ‘Pengalaman Lebih Baik’ Comments Off on Tinjauan Menunjukkan Pengguna Android Beralih Ke iOS Atas Sebab ‘Pengalaman Lebih Baik’

Baru-baru ini PC Mag telah melakukan satu tinjauan kepada pembaca mereka dengan bertanyakan soalan “Adakah anda akan bertukar platfom daripada Android ke iOS?”. Ramai yang cuba mempertahankan platfom masing-masing dan cuba berpendirian “Jangan pandang belakang kalau dah beralih”.

Tinjauan ini telah dibuat kepada 2,500 peserta selama tiga hari di Google Survey. Seramai 18% orang telah beralih ke iOS sementara 11% melakukan sebaliknya. Angka itu hanya sebahagian daripada kesemua peserta, selebihnya 71% hanya melakukan tinjauan.

Antara sebab yang dikemukan oleh mereka yang bertukar ke iOS ialah platfom daripada Apple itu lebih memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pengguna. Walaubagaimanapun perspektif ini agak subjektif kerana pengguna Android yang datang daripada iOS memberikan jawapan yang sama.

Kita sedia maklum produk Apple terutamanya iPhone dijual pada harga yang jauh lebih tinggi daripada Android yang rata-rata mampu dimiliki oleh semua orang. Ringkasnya, pengguna baru iOS ingin mendapatkan pengalaman peranti menyeluruh seperti kemas kini yang cepat, perkhidmatan pelanggan yang baik, aplikasi yang lebih banyak dan lain-lain. Sementara pengguna baru Android daripada iOS inginkan ciri-ciri tambahan yang tidak ada pada iPhone.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend