TikTok Diharamkan Di India Atas Unsur Pornografi – Ghaib Daripada Play Store Dan App Store Comments Off on TikTok Diharamkan Di India Atas Unsur Pornografi – Ghaib Daripada Play Store Dan App Store

TikTok merupakan laman sosial yang menjadi tumpuan anak muda khususnya dalam mempamerkan aksi dalam video berdurasi pendek berlatar belakangkan muzik.

Terkini, Google dan Apple telah menarik aplikasi TikTok daripada gedung muat turun mereka untuk pengguna di India. Tindakan ini dibuat selepas Mahkamah Tamil Nadu mengeluarkan arahan mengharamkan aplikasi ini dan meminta ia disekat di seluruh negara.

Di sana, TikTok dikatakan membawa perkongsian yang tidak sihat untuk anak-anak muda salah satunya adalah kandungan yang diterbitkan membawa unsur pornografi. Bagi tujuan mencegah, kerajaan dengan segera meminta dua platfom ini menyekat sebarang akses ke aplikasi tersebut.

Sehingga kini, TikTok memiliki lebih 120 juta pengguna aktif di India dan dengan sekatan yang dilakukan kemungkinan ia akan menjejaskan portfolio Bytedance selaku pengendali TikTok. Bagaimanapun, sekatan ini masih belum diketahui adakah untuk tempoh sementara atau kekal.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend