Tiga Video Acah Ini Menunjukkan Ciri Terbaru Pada HUAWEI Mate 30 Comments Off on Tiga Video Acah Ini Menunjukkan Ciri Terbaru Pada HUAWEI Mate 30 150

Esok adalah hari besar buat HUAWEI yang mana syarikat ini bakal melancarkan barisan HUAWEI Mate 30 di peringkat global. Jika mengikut trend sebelum ini, ada sahaja inovasi yang diberikan pada telefon pintar mercu mereka dan yang terkini mula tersebar tiga video acah memperlihatkan ciri baharu untuk model-model terpilih HUAWEI Mate 30.

Video acah pertama, HUAWEI memberi gambaran bahawa ciri maklum balas haptik (getaran) akan disertakan pada peranti. Jika mengikut maklumat sebelum ini, HUAWEI Mate 30 Pro bakal hadir dengan skrin melengkung berkonsepkan ‘Waterfall’. Adalah dengan itu, tidak mustahil ciri ini akan disertakan pada peranti tersebut.

Video acah kedua pula ialah ciri gerakan udara (ciri tanpa sentuhan) yang akan diletakkan pada peranti. Kebiasaannya, ciri ini akan dimuatkan pada kamera depan bagi memudahkan pengguna melancarkan fungsi/aplikasi tertentu.

Video acah terakhir adalah HUAWEI memberi bayangan bahawa salah sebuah peranti Mate 30 akan dilengkapi ciri pengecasan pantas tanpa wayar sehingga 27W. Bagaimanapun masih tiada maklumat mengenai pengecasan-berbalik, adakah output masih dikekalkan ataupun sebaliknya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend