Tiga Peranti Mercu HTC Terima Android Pie Bermula Jun 2019 – U11, U11+, Dan U12+ Comments Off on Tiga Peranti Mercu HTC Terima Android Pie Bermula Jun 2019 – U11, U11+, Dan U12+

Google dijangka akan memperkenalkan Android Q kepada pembangun aplikasi pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Walau bagaimanapun masih ada pengeluar yang belum menawarkan Android Pie untuk peranti mercu mereka – contoh terdekat adalah HTC.

Terkini, HTC dilaporkan akan melepaskan kemas kini Android Pie untuk tiga peranti mercu mereka U11, U11+, dan U12+ pada suku kedua tahun 2019 iaitu bermula Jun. Buat masa ini pihak HTC masih lagi melakukan ujian perisian untuk memastikan perisian dapat beroperasi dengan baik dan stabil.

Melihat kepada pengumuman ini, HTC boleh dianggap sebagai pengeluar yang tercicir kebelakang daripada memberikan perisian terbaharu kepada para pengguna mereka. “Tapi tak apelah biar lambat daripada takda langsung”.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend