Tiga Model ASUS Diturunkan Harga Sempena Meraikan Perayaan Hari Raya – Bermula Dari RM499 Comments Off on Tiga Model ASUS Diturunkan Harga Sempena Meraikan Perayaan Hari Raya – Bermula Dari RM499

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan bagi meraikan kemeriahan di musim perayaan ini, ASUS Malaysia telah mengumumkan tawaran istimewa dengan mengumumkan penurunan harga untuk tiga model ZenFone keluarannya.

Ketiga-tiga model yang dimaksudkan adalah ZenFone 4 Max (ZC520KL) yang kini dijual pada harga hanya RM499 (harga asal RM565), ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) pada harga RM599 (harga asal RM659), dan juga ZenFone Max Plus (ZB570TL) yang dijual pada harga RM649 (harga asal RM749).

ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL)

  • Android 7.0 Nougat
  • Tiga slot kad berasingan (2x slot SIM + 1x slot microSD sehingga 256GB)
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • 32GB + RAM 3GB
  • 5.2 inci IPS HD (1280 x 720 piksel) (16:9)
  • Kamera utama: 13 Megapiksel + 8 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel (Softlight Selfie)
  • 4100 mAh

ASUS ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL)

  • Android 7.0 Nougat
  • Tiga slot kad berasingan (2x slot SIM + 1x slot microSD sehingga 256GB)
  • Qualcomm Snapdragon 430
  • 32GB + RAM 3GB
  • 5.5 inci IPS HD (1280 x 720 piksel) (16:9)
  • Kamera utama: 16 Megapiksel + 5 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 16 Megapiksel (Softlight Selfie)
  • 5000mAh Battery, 4G standby for 37 days

ASUS ZenFone Max Plus (ZB570TL)

  • Android 7.0 Nougat (ASUS ZenUI 4.0)
  • Tiga slot kad berasingan (2x slot SIM + 1x slot microSD sehingga 256GB)
  • MediaTek MT6750T
  • 32GB + RAM 4GB
  • 5.7 inci IPS HD+ (1440 x 720 piksel) (18:9)
  • Kamera utama: 16 Megapiksel + 8 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 16 Megapiksel (Softlight Selfie)
  • 4130 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend