Tiga Lelaki Tempatan Berjaya Ditahan Selepas Memasang Alat Penggodam Di Mesin ATM Comments Off on Tiga Lelaki Tempatan Berjaya Ditahan Selepas Memasang Alat Penggodam Di Mesin ATM 365

Kes menggodam mesin ATM merupakan kes yang sering kita dengar berlaku di luar negara, dan kes ini agak jarang kita dengar berlaku di dalam negara. Namun baru-baru ini lima anggota unit rondaan bermotosikal (URB) dari Balai Polis Tun HS Lee telah berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 30, 33 dan 48 tahun.

Penahanan ini telah dibuat selepas ketiga-tiga lelaki berkenaan dipercayai telah memasang alat penggodam di mesin ATM yang terletak di Jalan Changkat Bukit Bintang pada Ahad yang lepas. Pihak polis yang terlibat telah menemui alat mencurigakan di atas ruangan papan kekunci dan juga ruangan untuk memasukkan kad di mesin ATM berkenaan.

Melalui pemeriksaan, peranti di ruangan memasukkan kad itu digunakan untuk mengimbas kad kredit atau debit, manakala alat yang terdapat di bahagian atas papan kekunci mesin ATM itu pula akan digunakan untuk merakam video bagi melihat input nombor yang akan dimasukkan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend