Tiga Lagi Model ASUS Mula Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Comments Off on Tiga Lagi Model ASUS Mula Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo

Sebelum ini ASUS Malaysia telah mengumumkan tarikh ketersediaan kemas kini untuk tiga model keluarannya iaitu  ZenFone 3 Laser (ZC551KL), ZenFone 3 Deluxe (ZS550KL), dan juga ZenFone 3 Zoom (ZE553KL).

ASUS ZenFone 4 (ZE554KL)

Hari ini tiga lagi model keluaran ASUS diumumkan telah menerima kemas kini Android 8.0 Oreo iaitu untuk model ZenFone 4 (ZE554KL), ZenFone 3 (ZE552KL), dan juga ZenFone 3 (ZE520KL). Kemas kini terbaru ini bukan sahaja membawakan sokongan kemas kini yang terkini, tetapi ia juga turut menampilkan kawalan leretan pada skrin yang baru dan juga antaramuka yang lebih mesra pengguna mirip seperti antaramuka asal Android.

ASUS ZenFone 3 (ZE554KL)

Lebih menariknya, kini tiada lagi lambakan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan (bloatware) kerana ASUS mengambil pendekatan untuk membuang lebih banyak aplikasi pra-pasang seperti PhotoCollage, Minimovie, dan juga Do it Later.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend