Tidak Lama Lagi Facebook Stories Akan Memaparkan Iklan Comments Off on Tidak Lama Lagi Facebook Stories Akan Memaparkan Iklan

Stories merupakan ciri yang paling digemari oleh semua orang yang menggunakan Facebook atau Instagram. Kongsian selama 24 jam ini juga telah mendorong pihak Instagram untuk meletakkan iklan di dalam ciri tersebut pada tahun lepas.

Bagaimanapun, hari ini pihak Facebook pula mengumumkan bahawa tidak lama lagi seramai 300 juta pengguna Facebook Stories yang aktif setiap hari di seluruh dunia akan melihat iklan di peranti masing-masing. Facebook memberitahu selepas melakukan tinjauan, seramai 62% pengguna lebih tertarik dengan iklan yang dipaparkan di dalam stories, malah ada beberapa jenama sudahpun memulakan percubaan iklan mereka dan keputusannya agak memberansangkan.

Cerita lain pula, ada yang kata Facebook memperkenalkan ciri ini ialah bertujuan untuk menaikkan semula nilai pasaran Facebook yang telah jatuh selepas isu skandal data peribadi yang bocor awal tahun ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend