Tiba Giliran Huawei Nova 3i Pula Menerima Warna Pearl White Comments Off on Tiba Giliran Huawei Nova 3i Pula Menerima Warna Pearl White

Bulan lepas kita telah menerima kehadiran warna Pearl White untuk Huawei P20 Pro, hari ini tiba giliran Huawei Nova 3i pula menerima warna yang sama. Melalui portal rasmi Huawei, peranti tersebut sudah boleh dimiliki bermula hari ini pada harga RM1,299 seunit.

Orang ramai yang membuat pembelian Huawei Nova 3i Pearl White di kedai dalam talian Huawei Malaysia juga akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Bluetooth Huawei (AM61) dan kad VIP Nova, kedua-duanya bernilai RM1,205.

Baca juga: Honor Play Melawan Huawei Nova 3i – Mana Satu Yang Patut Dibeli?

Huawei Nova 3i Pearl White dilengkapi pemproses Kirin 710, memori 4GB RAM dengan 128GB storan. Peranti ini menyediakan paparan 6.3-inci FHD+ bertakuk dengan sistem dwi kamera utama 16MP + 2MP serta kamera swafoto 24MP. Peranti ini dibekalkan bateri 3,340mAh dan sokongan slot kad microSD sehingga 256GB.

Beli Huawei Nova 3i Pearl White – Huawei Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend