Tiada Lagi Pembayaran Tunai Untuk Bas RapidKL Bermula 15 April Ini Comments Off on Tiada Lagi Pembayaran Tunai Untuk Bas RapidKL Bermula 15 April Ini

Bas RapidKL merupakan perkhidmatan pengangkutan darat yang paling popular digunakan di dalam dan di luar ibu kota Kuala Lumpur. Buat masa ini penumpang boleh membuat pembayaran menggunakan tunai mahupun kad Touch n’ Go. Tetapi bermula 15 April ini, semua perkhidmatan bas RapidKL (termasuk Lembah Klang) akan beralih kepada pembayaran Touch n’ Go sepenuhnya.

Peralihan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut laluan di semua kawasan bermula di koridor Ampang hingga ke koridor Lebuhraya Persekutuan pada 27 May 2019. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada penumpang RapidKL apabila mereka menggunakan pembayaran tanpa tunai ini.


Bagaimanapun, penumpang boleh menikmati penjimatan yang lebih banyak melalui pas perkhidmatan bulanan RM50 (bas RapidKL sahaja) dan RM100 (bas RapidKL, LRT, MRT, Monorel, dan BRT). Manakala, warga emas, OKU, dan pelajar boleh memohon kad konsesi menerusi laman atas talian www.myrapid.com.my untuk menikmati diskaun tambang sebanyak 50%.

Bagi penumpang yang tidak memiliki kad fizikal Touch n’ Go, mereka boleh mendapatkannya dari pemandu bas atau menggunakan kad pengenalan Malaysia. Tambah nilai dan semakan baki pula boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan pelanggan di mana-mana stesen LRT, MRT, Monorel, dan BRT.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend