Tiada Kemas Kini EMUI Terbaru Untuk Peranti Huawei Selepas Google Hentikan Sokongan Perisian Comments Off on Tiada Kemas Kini EMUI Terbaru Untuk Peranti Huawei Selepas Google Hentikan Sokongan Perisian 630

Huawei disahkan telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat dan menurut laporan terbaru, syarikat berkenaan telah menerima impak yang besar daripada Google daripada segi perkhidmatan telefon pintar termasuk sokongan perisian EMUI.

Penggantungan lesen Android kepada Huawei juga meliputi produk perkakasan dan perisian yang membuatkan Huawei kehilangan akses kepada kemas kini sistem Android terbaru. Ini juga termasuk kemas kini tampalan keselamatan bulanan pada masa akan datang dan versi beta Android 10 Q.

Setakat ini, Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan adakah benar syarikat kini berdepan dengan kehilangan pengguna yang masih menggunakan peranti Huawei.

Disebabkan Honor berkongsi sistem operasi EMUI yang sama, masih belum boleh disahkan lagi adakah pengguna Honor juga akan terkesan dengan halangan kemas kini perisian. Logiknya, Honor mungkin akan menerima nasib yang sama seperti yang dihadapi syarikat di atasnya, Huawei.

Terdahulu, Donald Trump telah menandatangani ‘senarai entiti’ yang menyebabkan pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia ini kehilangan hubungan perniagaan dengan firma-firma Amerika Syarikat. Mereka percaya peralatan telekomunikasi yang dibuat oleh Huawei dapat dijadikan sebagai alat untuk mengintip negara.

Sehingga kini, Huawei terus menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan peralatan mereka bebas daripada sebarang ancaman keselamatan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend