Tiada Kamera Terangkat Untuk Vivo S1 Versi Malaysia Nanti Comments Off on Tiada Kamera Terangkat Untuk Vivo S1 Versi Malaysia Nanti 278

Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar terbaru, S-series iaitu Vivo S1 dan Vivo S1 Pro akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Pihak Vivo memaklumkan kedua-dua telefon pintar ini akan tiba dengan spesifikasi berbeza dengan versi yang pernah diperkenalkan di China pada bulan Mac lalu.

Terkini, mereka telah mendedahkan sedikit sebanyak tentang peranti menerusi imej memperlihatkan rekaan depan peranti termasuk kamera swafoto – sementara rekaan belakang telah dikongsikan beberapa hari lalu.

Berbeza dengan versi China yang memiliki kamera terangkat, untuk pasaran Malaysia nanti ia dilengkapi kamera pada skrin melalui rekaan titisan air tetapi dengan resolusi yang lebih besar. Bagaimanapun, Vivo tidak memaklumkan pula adakah kamera 32MP ini bakal ditawarkan untuk model S1 atau hanya untuk model Pro sahaja.

Apa-apapun kita nantikan perkembangan seterusnya daripada mereka dalam masa terdekat ini. Sehingga kini, masih tiada tarikh khusus bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend