Thuraya X5-Touch, Peranti Android Satelit Pertama Di Dunia Kini Dilancarkan Di Dubai Comments Off on Thuraya X5-Touch, Peranti Android Satelit Pertama Di Dunia Kini Dilancarkan Di Dubai

Thuraya Telecommunications Company baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar satelit pertama di dunia yang dioperasikan dengan platform Android. Majlis pelancaran yang diadakan di Dubai ini disasarkan untuk pengguna yang kerap bergerak ke kawasan yang tidak memiliki liputan rangkaian, terutamanya untuk mereka yang terlibat dengan misi kerajaan, projek tenaga, komunikasi perusahaan, dan juga penyebaran NGO.Thuraya X5-Touch menyokong paparan skrin berukuran 5.2 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, dan ia turut dilengkapi dengan ciri dwi-mod penuh untuk sokongan rangkaian satelit ataupun GSM yang boleh diaktifkan secara serentak. Penyediaan dua slot kad SIM dengan rangkaian GSM ini turut menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G bagi memastikan sambungan yang lebih fleksibel.

Bagi memastikan kesesuaian penggunaannya dalam persekitaran yang mencabar, Thuraya X5-Touch disediakan dengan paparan skrin sentuh Corning Gorilla Glass, menerima pengiktirafan piawaian MIL yang tahan lasak, dan dilengkapi dengan sokongan IP67 untuk fungsi kalis air pada kedalaman sehingga 1 meter.

Thuraya X5-Touch berupaya mengaktifkan rangkaian satelit dan GSM secara serentak bagi memastikan sambungan rangkaian paling optimum.

Namun begitu, tiada sebarang pendedahan harga mahupun ketersediaan Thuraya X5-Touch di pasaran buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend