Thailand Menjadi Negara Pertama Di Rantau Asia Tenggara Untuk Menguji Platform Rangkaian 5G Huawei Comments Off on Thailand Menjadi Negara Pertama Di Rantau Asia Tenggara Untuk Menguji Platform Rangkaian 5G Huawei 557

Peralihan global ke arah sambungan generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G menjelang tahun 2020 nanti telah membolehkan Huawei untuk menerima lebih daripada 30 kontrak dari pelbagai negara di seluruh negara. Melalui ikatan kontrak ini, Huawei akan membekalkan kelengkapan 5G dalam merealisasikan sambungan Internet yang jauh lebih pantas pada masa akan datang.

Menariknya, Thailand telah dilaporkan bakal menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang akan menerima platform ujian rangkaian 5G yang akan dibangunkan oleh Huawei. Bahkan Pichet Durongkaveroj selaku Menteri Ekonomi Digital Thailand turut berkongsi bahawa projek ujian 5G ini merupakan sebahagian daripada tempoh percubaan nasional dan mereka akan terus memberi fokus yang mendalam terhadap perkembangannya.

Tapak ujian 5G terletak di Chonburi iaitu lebih kurang 90km di tenggara Bangkok, dan Chonburi berada di tengah-tengah projek ekonomi bernilai USD45 bilion (kira-kira RM183 bilion) yang menerima pelaburan daripada kerajaan Thailand, Koridor Ekonomi Timur (EEC), Nokia, Ericsson, dan juga pembekal telco Thailand.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh sumber dalaman, Huawei dikatakan sedang berunding dengan pembekal telco tempatan seperti Advanced Info Service Pcl dan TRUE untuk menubuhkan kolaborasi tempatan sebelum melancarkan perkhidmatan 5G di seluruh Thailand menjelang Disember 2020 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend