[Tertiris] Tiga Produk Baharu Akan Diperkenalkan HONOR Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on [Tertiris] Tiga Produk Baharu Akan Diperkenalkan HONOR Malaysia Tidak Lama Lagi

HONOR Malaysia sebelum ini pernah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan HONOR 9X Pro bersama beberapa produk lain untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Walaupun tiada tarikh khusus bilakah majlis pelancaran itu akan berlangsung, namun senarai produk yang akan diperkenalkan telah tertiris.

Baca: HONOR Malaysia Mengesahkan Kehadiran MagicBook Dan 9X Pro

Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh sumber kami, HONOR Malaysia akan membawa masuk tiga produk baharu iaitu gelang pintar HONOR Band 5i, TWS HONOR Magic Earbuds, dan HONOR Magicbook. Ketiga-tiga produk ini sudah pasti akan diiringi dengan telefon HONOR 9X Pro terbaru.

Kami menjangkakan majlis pelancaran akan berlaku pada pertengahan bulan ini, jadi sama-sama kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend