[Tertiris] Perbandingan Hasil Gambar Google Pixel 3 XL vs Huawei P20 Pro vs Samsung Galaxy Note 9 Comments Off on [Tertiris] Perbandingan Hasil Gambar Google Pixel 3 XL vs Huawei P20 Pro vs Samsung Galaxy Note 9

Sebuah portal dari Rusia baru-baru ini dilihat bukan sahaja telah mendedahkan gambar sebenar peranti flagship keluaran Google iaitu Pixel 3 XL di Internet. Tetapi apa yang lebih menariknya, portal itu turut berkongsi hasil gambar Google Pixel 3 XL yang dibandingkan dengan dua lagi peranti flagship popular iaitu Samsung Galaxy Note 9 dan juga Huawei P20 Pro.

Apa yang menariknya, ketiga-tiga peranti flagship ini dilihat menampilkan sokongan konfigurasi kamera yang tidak sama iaitu Google Pixel 3 XL masih mengekalkan penggunaan satu lensa, Galaxy Note 9 hadir dengan dua lensa, dan P20 Pro pula dilengkapi dengan tiga lensa. Jadi jom kita tengok keupayaan penggambaran Pixel 3 XL…

Sebagai rujukan, hasil gambar ini dikatakan diambil menggunakan unit prototaip Google Pixel 3 XL yang tampil dengan sokongan versi Google Camera dan juga versi Android 9 yang terbaru. Manakala hasil gambar Huawei P20 Pro pula diambil menggunakan mod automatik AI.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend