Terdapat Unit Google Pixel 2 Berhadapan Dengan Isu Kamera Langsung Tidak Boleh Digunakan Comments Off on Terdapat Unit Google Pixel 2 Berhadapan Dengan Isu Kamera Langsung Tidak Boleh Digunakan

Apabila sebut sahaja tentang keupayaan penggambaran, Google Pixel 2 boleh dianggap yang terbaik pada awal kemunculannya di pasaran. Malah sehingga saat ini, ia masih tersenarai dalam top 10 telefon pintar dengan prestasi kamera terbaik walaupun hanya dilengkapi dengan satu lensa sahaja.

Namun sejak kebelakangan ini terdapat beberapa pemilik Google Pixel 2 yang telah melaporkan di akaun Twitter dan juga reddit milik mereka bahawa aplikasi kamera pada peranti itu langsung tidak boleh dibuka. Isu ‘fatal error’ yang dihadapi ini telah menyebabkan kamera langsung tidak boleh digunakan, walaupun selepas mengikuti cara mengatasinya seperti yang telah dikongsikan oleh Google.

Isu ini telah disedari oleh pihak Google dan setakat ini masih belum ada kaedah yang boleh dicadangkan untuk mengatasinya. Bahkan pihak Google juga sebelum ini pernah menggantikan unit yang bermasalah dengan unit yang baru, tetapi isu ini masih terjadi dan ia berkemungkinan besar disebabkan oleh isu pada perisian peranti itu sendiri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend