Terdapat Segelintir Pemilik Huawei Mate 20 Pro Melaporkan Isu Skrin Berwarna Hijau Comments Off on Terdapat Segelintir Pemilik Huawei Mate 20 Pro Melaporkan Isu Skrin Berwarna Hijau 551

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Huawei Mate 20 Pro boleh dianggap sebagai salah satu daripada telefon pintar terbaik boleh anda miliki di pasaran. Ini dapat dilihat melalui sokongan pemproses berprestasi tinggi Kirin 980, keupayaan pengecasan pantas 40W, fungsi pengecasan tanpa wayar dengan sokongan Reverse Wireless Charging, dan juga tiga kamera LEICA.

Namun begitu, menurut laporan yang dibuat oleh segelintir pemilik peranti Huawei Mate 20 Pro, paparan skrin peranti milik mereka berhadapan dengan isu kehadiran cahaya berwarna hijau pada keliling skrin. Masalah ini dapat dilihat apabila imej dengan latar belakang berwarna gelap digunakan di dalam persekitaran yang gelap tanpa cahaya.

Ada daripada pemilik peranti yang berhadapan dengan isu ini percaya ia berpunca daripada panel OLED daripada LG Display (LG EA9151) ataupun BOE (BOE R66451) yang digunakan. Malah ada juga yang mengatakan ia disebabkan oleh kesan sampingan apabila gam yang digunakan pada skrin mengering.

Adakah Huawei Mate 20 Pro yang anda miliki juga berhadapan dengan isu yang sama?!

Sumber

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend