Terdapat Empat Kes Disahkan Polio Di Sabah Setakat 8 Mac 2020, Tiga Kes Bukan Warganegara Comments Off on Terdapat Empat Kes Disahkan Polio Di Sabah Setakat 8 Mac 2020, Tiga Kes Bukan Warganegara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah melaporkan satu lagi kes baharu Polio di Sabah yang melibatkan kanak-kanak bukan warganegara berumur 3 tahun di Sandakan. Ini telah menjadikan 4 kes Polio telah dikesan di Sabah sehingga 8 Mac 2020.

Hujung tahun lepas, KKM telahpun mengesahkan kes pertama jangkitan virus Polio yang melibatkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan di Tuaran, Sabah. Kes ini merupakan yang pertama direkodkan selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit berjangkit itu.

Kesemua 4 kes jangkitan Polio yang telah disahkan oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia ini turut melibatkan kanak-kanak 8 tahun dari Sandakan dan juga 11 tahun dari Kinabatangan.

Hanya satu kes yang kini masih dirawat di hospital, iaitu kanak-kanak berumur 3 bulan dari Tuaran. Beliau berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala 3 daripada 4 kes ini merupakan bukan warganegara, yang dilaporkan tidak pernah menerima vaksin Polio.

KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah meneruskan semua aktiviti kawalan dan pengecahan wabak Polio di Sabah. Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) yang bermula sejak 27 Disember 2019 secara berperingkat juga diteruskan. Ini termasuklah pemberian Vaksin Oral Polio (OPV) mensasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh negeri Sabah.

Pemberian Vaksin Oral Polio (OPV) akan diberikan secara titisan ke dalam mulut kepada setiap kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh Sabah.

Bagi kanak-kanak di negeri selain Sabah, ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapatkan vaksin Polio secara suntikan mengikut jadual yang ditetapkan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang tercicir suntikan vaksin Polio, ibubapa dinasihatkan pergi ke mana-mana klinik kesihatan bagi penjadualan semula suntikan vaksin mengikut kesesuaian umur kanak-kanak tersebut.

sumber: Twitter/KKM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend