Tentera Amerika Syarikat Diharamkan Daripada Menggunakan Aplikasi TikTok Ketika Bertugas Comments Off on Tentera Amerika Syarikat Diharamkan Daripada Menggunakan Aplikasi TikTok Ketika Bertugas

Melalui perkongsian portal Military.comJabatan Ketenteraan Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan tenteranya daripada menggunakan aplikasi media sosial TikTok ketika sedang bertugas. Menurut pendedahan yang dibuat, aplikasi popular dari China itu telah dipertimbangkan sebagai ancaman keselamatan.

Ditegaskan oleh Leftenan Kolonel Robin Ochoa selaku Pegawai Hal Ehwal Awam Tentera AS, aplikasi TikTok merupakan ancaman siber dan ia tidak dibenarkan digunakan di dalam telefon pintar milik kakitangan kerajaan. Tindakan ini dibuat selepas rekrut tentera AS dilihat masih menggunakan aplikasi itu untuk mendekati golongan muda daripada generasi Z.

Penggunaan aplikasi TikTok di kalangan tentera AS dilihat agak berleluasa.

Sejak pertengahan Disember 2019 yang lalu, pihak ketenteraan AS dilihat sudah mula menasihati tenteranya untuk berhenti menggunakan aplikasi TikTok pada telefon pintar milik kerajaan. Namun tindakan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi itu ketika sedang bertugas hanya mula berkuat kuasa baru-baru ini.

Polisi baharu terhadap penggunaan TikTok mula dikeluarkan pada 16 Disember 2019, selepas Mesej Kesedaran Siber Jabatan Pertahanan telah mengenal pasti aplikasi itu berpotensi terlibat dengan risiko keselamatan apabila digunakan.

Baca juga:

TikTok Disaman Kerana Mengumpul Dan Menghantar Data Pengguna Aplikasi Itu Ke China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend