Tencent Ingin Menghasilkan Telefon Pintar Gaming – ASUS, Razer, Dan Black Shark Dipanggil Comments Off on Tencent Ingin Menghasilkan Telefon Pintar Gaming – ASUS, Razer, Dan Black Shark Dipanggil

Telefon pintar gaming dilihat menjadi trend masa kini yang mana hari ini banyak sub-jenama dari pemain utama hadir dengan peranti gaming masing-masing. Menurut laporan 36kr, Tencent kini dalam perancangan untuk mengeluarkan telefon pintar gaming mereka sendiri. ASUS, Razer, dan Black Shark nampaknya telah dihubungi Tencent berhubung perkara tersebut.

Ini bermakna tidak lama lagi Tencent bukan sahaja menerbitkan kandungan permainan mudah alih tetapi bakal hadir dengan peranti gaming jenama sendiri. Tidak dinyatakan sama ada syarikat ini akan menggunakan nama Tencent atau menubuhkan sub-jenama baharu.

Ibu Pejabat Tencent (gambar: wsj.com)

Jika benar dengan perkhabaran ini, kita bakal melihat peranti gaming Tencent dengan spesifikasi kelas atas seperti penggunaan cip pemproses terbaik Qualcomm (Snapdragon 855 misalnya), memori RAM yang besar, skrin berteknologi tinggi, sistem audio yang mantap, dan sebagainya.

Bagi yang belum mengenali Tencent, syarikat ini merupakan syarikat terbesar dan terkaya di China. Mereka juga memiliki anak syarikat milik penuh, Riot Games (League of Legends) dan pegangan saham di beberapa pembangun aplikasi antaranya seperti Supercell (Clash of Clans), Epic (PUBG, Fortnite), Activision, Blizzard, dan Ubisoft. Ada banyak lagi syarikat besar dalam industri penerbitan di seluruh dunia dimiliki Tencent (tidak perlu disebut). Sepanjang 2018, Tencent memperoleh pendapatan sekitar CNY 312.694 bilion atau lebih kurang RM193.3 bilion.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend