Telegram Lepaskan Kemas Kini Terbesar Dengan Ciri-ciri Terbaru Comments Off on Telegram Lepaskan Kemas Kini Terbesar Dengan Ciri-ciri Terbaru

Telegram baru-baru ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk para pengguna Android dan iOS, menyertakan sejumlah ciri yang tidak ada pada versi sebelumnya dengan beberapa perubahan pada aplikasi.

Menerusi Theme Editor 2.0, kini anda boleh tetapkan apa sahaja skema warna dan latar yang diinginkan selain anda juga boleh memilih warna tersebut dengan tepat menggunakan peralatan yang disediakan.

Seperti contoh, jika anda pilih warna biru sebagai warna tema, anda juga boleh tetapkan warna latar dan paparan mesej dengan warna yang berbeza. Tetapan tersebut juga boleh dikongsikan kepada pengguna Telegram yang lain. Selain boleh mengkustomasi secara manual, terdapat beberapa tema sedia terpasang yang boleh anda gunakan.

Telegram terbaru ini turut menyertakan ciri Send When Online yang mana anda boleh menjadualkan penghantaran mesej apabila penerima kembali dalam talian. Berikut merupakan ciri-ciri dan fungsi yang boleh dinikmati pengguna Telegram menerusi kemas kini terbaru:

  • Memperbaiki fungsi perkongsian lokasi di peta.
  • Menyertakan fungsi carian berbentuk senarai.
  • Menyokong podcast dan audiobooks. Fail audio melebihi 20 minit akan dikira sebagai podcast. Sokongan 2x cepat ke hadapan.
  • (Android) Mod malam boleh diaktifkan segera menerusi butang pada skrin menu.
  • (Android) Peta akan bertukar menjadi gelap apabila mod malam diaktifkan.
  • (Android) Animasi baharu.
  • (Android) Salin perkataan pada mesej berbanding semua sebelum ini. (iOS sudah tersedia sebelum ini)
  • (Android) Tap multiple people untuk kongsi kandungan dari aplikasi lain sekaligus.
  • (Android) Menanda semua perbualan dalam arkib sebagai sudah dibaca.
  • (Android) Rekaan semula pilihan resolusi video dan skrin kontak.
  • (iOS) Saiz teks boleh dilaraskan dari dalam aplikasi.
  • (iOS) Boleh pilih pelayar apabila membuka pautan dari luar.
  • (iOS) Tekan dan tunggu pada ikon untuk menukar akaun.
  • (iOS) Memapar ruang storan untuk memantau serta membersihkan cache.

Bagaimanapun anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri terbaru ini melalui pautan yang disediakan di bawah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend