Telefon Pintar Realme Ditawarkan Pada Harga Bermula Daripada RM349 Untuk Tempoh Terhad – ‘Lazada Super Retailer Day’ Comments Off on Telefon Pintar Realme Ditawarkan Pada Harga Bermula Daripada RM349 Untuk Tempoh Terhad – ‘Lazada Super Retailer Day’ 535

Bersempena promosi ‘Lazada Super Retailer Day’ yang akan berlangsung pada 26 Jun 2019 ini, anda boleh memiliki pelbagai model telefon pintar keluaran Realme pada harga bermula daripada RM349.

Promosi yang akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 26 Jun 2019, anda boleh mendapatkan baucar diskaun bernilai RM100 untuk tempoh tiga (3) minit pertama, dan ia hanya terhad untuk 50 unit terawal sahaja. Selain berpeluang menikmati potongan harga untuk model terpilih, Realme turut menawarkan diskaun sebanyak RM300 untuk model Realme 2 Pro (8GB + 128GB), dan juga kad microSD 32GB atau JBL Speaker secara percuma untuk model terpilih.

Promosi ‘Lazada Super Retailer Day’:

  • Realme C1 (2GB + 16GB) – RM349 (RM449)
  • Realme C1 (2GB + 32GB) – RM429 (RM499)
  • Realme 3 (3GB + 32GB) – RM579 *Percuma JBL Speaker (RM599)
  • Realme 3 (4GB + 64GB) – RM699
  • Realme 2 Pro (4GB + 64GB) – RM549 (RM799)
  • Realme 2 Pro (8GB + 128GB) – RM699 (RM999)
  • Realme 3 Pro (4GB + 64GB) – RM899
  • Realme 3 Pro (6GB + 128GB) – RM1,099
  • Realme C2 (2GB + 16GB) – RM429 *Percuma kad microSD 32GB
  • Realme C2 (3GB + 32GB) – RM499 *Percuma kad microSD 32GB

Selain daripada promosi ini, Realme turut mengumumkan menjadi penaja utama untuk acara ‘Toys, Anime, Games, Comic Con (TAGCC)’ yang akan berlangsung pada 22 Jun dan 23 Jun 2019 ini di PWTC. Realme akan turut menyediakan reruai (booth) untuk pengunjung yang hadir menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti PUBG Challenge yang akan menawarkan telefon pintar Realme untuk dimenangi.

Baca juga:

[Ulasan] Realme 3 Pro, Musuh Kepada Peranti Kelas Pertengahan Lain

Video: Buka Kotak Realme C2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend