Telefon Pintar Pertama iQOO Akan Hadir Dengan Spesifikasi Tertinggi Comments Off on Telefon Pintar Pertama iQOO Akan Hadir Dengan Spesifikasi Tertinggi 490

iQOO sebelum ini dikhabarkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Bagaimanapun dakwaan itu hanyalah gimik semata-mata kerana baru-baru ini iQOO hadir dengan satu video di laman Weibo mereka.

Melalui apa yang dilihat, peranti pertama iQOO ini akan dilengkapi spesifikasi kelas mercu yang mana menawarkan cipset Qualcomm Snapdragon 855 dan digandingkan bersama memori sebesar 12GB RAM serta 256GB storan.

Selain itu, ia turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Paparan skrin pula membawakan ciri Super HDR disamping sokongan efek 4D untuk permainan. Peranti ini menyokong sambungan USB Type-C dan juga NFC.

Imej acah kedua pula memperlihatkan kesan cap jari pada badan robot. Oleh itu, kami jangkakan ia mungkin hadir dengan sistem pengimbas cap jari dalam skrin yang pantas. Ia juga diperkemaskan dengan rekaan premium berasaskan panel kaca dan konfigurasi tri kamera belakang.

Memandangkan imej acah yang dikongsi berkonsepkan robot berkuasa, jadi kami andaikan peranti ini direka khusus untuk golongan pengguna yang sukakan permainan mudah alih. Tanda harga awal dikhabarkan adalah sekitar CNY5,000 atau dalam RM3,020 seunit.

Persoalannya bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasmi dan bagaimana pula dengan telefon pintar boleh lipat mereka?

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend