Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Cipset Qualcomm Snapdragon 665 Akan Diperkenalkan 30 Mei Ini Comments Off on Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Cipset Qualcomm Snapdragon 665 Akan Diperkenalkan 30 Mei Ini

Qualcomm sebelum ini telahpun memperkenalkan cipset 11nm terbaharunya iaitu Snapdragon 665 serentak dengan cipset 8nm pertama daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 730 dan juga Snapdragon 730G pada April 2019 yang lepas.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh pengguna di Twitter yang terkenal dengan berita ketirisannya, telefon pintar pertama yang dioperasikan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665 ini dipercayai akan didedahkan pada 30 Mei 2019 nanti. Walau bagaimanapun, buat masa ini model dan juga jenama peranti itu masih lagi kekal misteri.

Snapdragon 665 didatangkan dengan GPU Adreno 610, AI Engine dengan fungsi pengecaman wajah 3D, ciri AI yang 2x lebih pantas berbanding Snapdragon 660, sokongan tiga kamera 48MP, hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0, USB 3.1, rakaman video 4K, rakaman gerak perlahan 120fps pada 1080p, dan juga teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend