Telefon Pintar Mercu Realme X Tertiris – Hadir Dalam Varian Snapdragon 855 dan Snapdragon 730 Comments Off on Telefon Pintar Mercu Realme X Tertiris – Hadir Dalam Varian Snapdragon 855 dan Snapdragon 730

Realme mungkin lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar yang memfokuskan pada segmen pasaran kelas pertengahan dan mampu milik, tetapi nampaknya Realme mungkin akan memberikan persaingan sengit dalam pasaran telefon pintar mercu tidak lama lagi.

Berdasarkan beberapa perkongsian berasingan yang telah dikongsikan di Twitter, Realme dikatakan bakal tampil dengan model terbaharunya tidak lama lagi melalui penawaran Realme X. Melalui pendedahan yang dibuat, Realme X akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu Snapdragon 855 dan juga Snapdragon 730.

Kedua-dua varian Realme X dipercayai akan menyokong rekaan skrin penuh dengan rekaan kamera depan terangkat, teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0, teknologi pengimbas cap jari generasi baharu, dan juga akan tersedia dengan sokongan dwi kamera 48MP + 5MP.

Realme X varian Snapdragon 730 dipercayai akan ditawarkan dalam tiga konfigurasi memori berbeza iaitu 6GB + 64GB, 6GB + 128GB, dan juga 8GB + 128GB. Manakala Realme X varian Snapdragon 855 pula tersedia dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 6GB + 128GB dan juga 8GB + 128GB.

Jangkaan harga jualan Realme X:

  • Realme X (Snapdragon 730)
    • 6GB + 64GB → CNY1,599 (kira-kira RM982)
    • 6GB + 128GB → CNY1,799 (kira-kira RM1,105)
    • 8GB + 128GB → CNY1,999 (kira-kira RM1,227)
  • Realme X (Snapdragon 855)
    • 6GB + 128GB → CNY2,299 (kira-kira RM1,412)
    • 8GB + 128GB → CNY2,599 (kira-kira RM1,596)

Buat masa ini tarikh pelancaran dan juga ketersediaan Realme X varian Snapdragon 730 dan Snapdragon 855 masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Baca juga:

Realme 3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Mei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend