Telefon Pintar HUAWEI Dengan HongMeng OS Akan Dilancarkan Pada Suku Ke-4 Tahun 2019 Comments Off on Telefon Pintar HUAWEI Dengan HongMeng OS Akan Dilancarkan Pada Suku Ke-4 Tahun 2019 254

Melalui perkongsian yang dibuat oleh portal Global Times, HUAWEI dikatakan sedang sibuk menguji telefon pintar yang dioperasikan dengan sistem operasinya sendiri iaitu HongMeng OS. Walaupun sistem operasi HUAWEI ini pada awalnya dibangunkan untuk produk IoT, ia mungkin akan digunakan pada telefon pintar keluarannya sebagai alternatif untuk sistem operasi Android.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, HUAWEI dipercayai akan mula memperkenalkan telefon pintar pertamanya dengan sokongan HongMeng OS pada suku ke-4 tahun ini. Disasarkan untuk segmen telefon pintar kelas permulaan dan pertengahan, telefon pintar HongMeng OS ini dikatakan akan dijual pada harga sekitar CNY2,000 iaitu kira-kira RM1,188.

HUAWEI akan mendedahkan HongMeng OS buat pertama kalinya kepada umum dalam acara HUAWEI Developer Conference yang akan berlangsung pada 9 Ogos nanti di China.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Siri HUAWEI Mate 20 Antara Enam Model Yang Kini Telah Diturunkan Harga, Potongan Sehingga RM500

HUAWEI Raih Kedudukan Ke-61 Di Fortune Global 500 2019 Dengan Keuntungan Lebih RM36.92 Bilion

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend