Telefon Pintar Honor Dengan Sokongan Rangkaian 5G Akan Diperkenalkan Menjelang 2019 Comments Off on Telefon Pintar Honor Dengan Sokongan Rangkaian 5G Akan Diperkenalkan Menjelang 2019

Di dalam persidangan INS 2018 yang berlangsung di Beijing, China, Presiden Honor iaitu George Zhao telah mengumumkan bahawa telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G pertama jenama itu akan diperkenalkan mulai tahun 2019 nanti. Sungguhpun begitu, buat masa ini jangkaan masa pelancarannya masih lagi tidak didedahkan kepada umum.

Pengumuman ini secara tidak langsung telah menyaksikan penyertaan Honor sebagai salah satu daripada pengeluar telefon pintar yang akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G itu pada tahun depan, selain daripada jenama Samsung, Lenovo, OPPO, Vivo dan juga HTC.

Namun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana rangkaian 5G telahpun disahkan akan diperkenalkan secara rasmi di pasaran bermula tahun 2019 nanti. Jadi penglibatan telco juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan liputan rangkaian 5G yang meluas dengan kelajuan rangkaian yang optimum pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend