Telefon Pintar Hisense Dengan Bateri 4400mAh Melepasi Pengesahan TENAA Comments Off on Telefon Pintar Hisense Dengan Bateri 4400mAh Melepasi Pengesahan TENAA

Jenama Hisense dikenali ramai melalui produk peralatan rumah dan eletronik. Terbaru, jenama berasal dari China ini mahu memasarkan telefon pintar pula. Menerusi laman web TENAA, telefon pintar pertama keluaran Hisense dengan kod nama HLTE213M bakal hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Peranti Hisense ini dilengkapi skrin bertakuk titisan air bersaiz 6.21-inci HD+ 1520 x 720p yang mana resolusinya tidak sebaik peranti bertakuk daripada jenama lain. Bagaimanapun, perkakasan dalaman telah dikuasakan cipset lapan teras 1.8GHz yang digandingkan bersama memori sehingga 4GB serta storan sehingga 128GB.

Hisense HLTE213M memiliki satu kamera di belakang 13MP dan satu kamera 8MP di depan. Menurut TENAA, peranti ini dimuatkan bateri sebesar 4,400mAh dijana berasaskan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Terdahulu Hisense pernah menghantar peranti pertama mereka HLTE213T untuk pengesahan TENAA tetapi sehingga sekarang peranti bernama King Kong 4 itu masih belum diperkenalkan secara rasmi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend