Telefon Pintar Gaming iQOO Space Knight Limited Edition Diumumkan Comments Off on Telefon Pintar Gaming iQOO Space Knight Limited Edition Diumumkan 263

Mungkin anda masih ingat dengan jenama iQOO yang merupakan sub-jenama kepada Vivo. Telefon pintar pertama daripadanya telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Ia hadir dengan spesifikasi kelas mercu khusus untuk permainan mudah alih. Hari ini iQOO edisi terhad telah diumumkan untuk pasaran China.

iQOO Space Knight Limited Edition adalah hasil kerjasama pengeluar dengan Pentadbiran Angkasa Negara China. Ia didatangkan dengan kotak pembungkusan premium berwarna hitam dengan logo jenama berwarna emas. Di dalamnya terdapat kotak kecil yang mengandungi kepingan logam bercetak daripada kapal angkasa Shenzhou.


Manakala peranti pula hadir dengan panel badan seakan gentian karbon dengan dua pilihan warna Electro Optic Blue dan Lava Orange. Konfigurasi memori yang ditawarkan pula adalah sama seperti model sebelum ini menerusi 12GB RAM dan 256GB storan. Cip pemproses masih menggunakan Snapdragon 855 dengan bateri 4,000mAh selain spesifikasi selebihnya hampir serupa dengan model sebelum ini. Bagaimanapun, harganya masih belum diumumkan.

Baca juga: Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan

Pihak iQOO pada masa sama turut memperkenalkan edisi Monster Energy untuk pasaran global. Versi ini tiba dengan memori yang lebih rendah iaitu 12GB RAM dan 128GB storan dengan harga sekitar CNY4,298 (~RM2,598) sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend