Telefon Pintar Android Go Pertama Samsung Tertiris Tanpa Antaramuka Asli Comments Off on Telefon Pintar Android Go Pertama Samsung Tertiris Tanpa Antaramuka Asli

Samsung nampaknya ingin memperkenalkan telefon pintar Android Go pertama mereka setelah beberapa pengeluar melancarkan beberapa model semenjak awal tahun ini. Seperti yang kita tahu peranti Android Go merupakan peranti dalam kelas permulaan.

Beberapa keping gambar yang tertiris melalui laman SamMobile menunjukkan peranti Samsung Android Go ini hadir dengan rekaan tradisional yang memiliki ruang bezel yang tebal. Berdasarkan gambar, kita boleh lihat peranti ini tidak menggunakan antaramuka Android asli sebaliknya dijalankan dengan antaramuka Samsung Experience.

Aplikasi-aplikasi yang terpasang pula dikhabarkan dipasang dengan versi Go selari dengan kapasiti memori RAM yang rendah pada telefon ini, selain storan yang ditawarkan sehingga 512MB. Dengan saiz aplikasi yang kecil, memori yang rendah, peranti ini mampu beroperasi lebih jimat tenaga serta efisyen.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, tetapi kemungkinan Samsung akan membuat pengumuman pada masa kelak. Kita tunggu saja..

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend