Telefon Pintar 5G Kelas Pertengahan Yang Pertama Daripada Huawei Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2020 Comments Off on Telefon Pintar 5G Kelas Pertengahan Yang Pertama Daripada Huawei Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2020

Tahun 2019 telah menyaksikan peralihan rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi kelima atau 5G bagi menggantikan rangkaian 4G. Sungguhpun begitu, harga jualan telefon pintar dengan sokongan 5G bukanlah murah kerana ia dijual pada harga yang agak tinggi.

Namun begitu, berdasarkan kenyataan yang dikongsikan oleh Yang Chaobin selaku Ketua Pegawai Pemasaran Huawei, mereka akan memperkenalkan telefon pintar 5G kelas pertengahan bermula penghujung tahun 2020 nanti. Menurutnya, harga jualan untuk peranti itu boleh didapati pada harga sekitar CNY1,000 iaitu kira-kira RM610.

Huawei Mate 20 X 5G

Komen itu telah dikongsikan oleh Yang Chaobin selepas China Unicom mengumumkan harga jualan Huawei Mate 20 X 5G yang dijual pada harga CNY12,800 (kira-kira RM7,803). Apa yang mengejutkan peranti itu dilihat hampir dua kali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di Eropah iaitu EUR981 (kira-kira RM4,585).

sumber

Baca juga:

Switzerland Jadi Negara Pertama Menawarkan Huawei Mate 20 X 5G Pada Harga RM4,053

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend