Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Keluaran Huawei Akan Dikenali Sebagai Huawei Mate X Comments Off on Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Keluaran Huawei Akan Dikenali Sebagai Huawei Mate X 773

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei tidak akan memperkenalkan siri Huawei P30 dalam acara MWC 2019 kerana ia akan dilancarkan secara rasmi di dalam acara berasingan pada 26 Mac nanti. Namun bagi memeriahkan acara MWC 2019, Huawei disahkan akan hadir dengan telefon pintar dengan skrin boleh lipat dengan sokongan rangkaian 5G.

Menariknya, baru-baru ini sebuah gambar yang memperlihatkan pemasangan poster pengiklanan Huawei Mate X telah berjaya dikongsikan di Internet. Berdasarkan ketirisan gambar itu, Huawei dilihat telah menggunakan pendekatan rekaan yang sedikit berbeza kerana lipatan skrin berada di luar dan bukannya di dalam sebagaimana rekaan yang diperkenalkan pada Samsung Fold.

Pendedahan poster pengiklanan itu juga turut mengesahkan Huawei Mate X sebagai telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang pertama di dunia menyokong rangkaian 5G. Untuk melihat sendiri apakah keunikan dan keistimewaan yang akan diperkenalkan pada peranti ini oleh Huawei, nantikan artikel lanjut daripada kami nanti.

Baca juga:

Huawei Mengesahkan Kehadiran Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Dalam Acara MWC 2019

CEO Huawei Mengesahkan Kemunculan Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Rangkaian 5G Pada Tahun Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend