Telefon Mewah 8848 M6 Titanium 5G Akan Dilancarkan Pada 29 Mac Ini Comments Off on Telefon Mewah 8848 M6 Titanium 5G Akan Dilancarkan Pada 29 Mac Ini

Era 5G telahpun bermula apabila banyak syarikat besar mula menghasilkan telefon pintar 5G malah ada yang sudah menjualnya. Selain Samsung, HUAWEI, OPPO, vivo, dan Xioami, syarikat kecil seperti 8848 juga tidak terkecuali.

8848 M6 Titanium 5G akan dilancarkan pada 29 Mac ini sebagai telefon pintar pertama daripada syarikat yang menyokong 5G. Selain itu, telefon ini juga boleh dikategorikan peranti mewah selepas 8848 menggunakan slogan “Ini adalah telefon bimbit mewah” pada poster pelancaran.

Terdahulu, 8848 pernah mendedahkan butiran spesifikasi peranti. Pada Oktober tahun lalu, M6 dikatakan bakal hadir dengan tingkat taraf signifikan berbanding generasi sebelumnya.

M6 Titanium 5G akan dilengkapi cip pemproses berkuasa setakat ini iaitu Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM, dan storan mencapai 1TB. Peranti ini menggunakan skrin 6.01-inci AMOLED serta dijangka akan menyertakan kamera utama 108MP.

Daripada segi harga, M6 mungkin memakai tanda harga yang lebih mahal kerana sokongan 5G. Sebagai rujukan, M5 dahulu dijual pada harga CNY12,999 (~RM8122) sebuah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend