Telefon Boleh-lipat Samsung W20 5G Telah Dilancarkan Di China Comments Off on Telefon Boleh-lipat Samsung W20 5G Telah Dilancarkan Di China

Syarikat Korea Selatan, Samsung hari ini telah melancarkan Samsung W20 5G secara rasmi di China. Ia merupakan telefon pintar boleh-lipat yang kedua selepas Galaxy Fold, tetapi model yang terbaru ini hadir dengan sokongan 5G.

Reka bentuk W20 5G berbeza dengan model sebelumnya, tubuhnya kini lebih bersegi dan tampak lebih simetri. Senang kata, ia sebuah telefon yang telah dibina semula namun masih mengekalkan identiti yang dibawakan Galaxy Fold.

This slideshow requires JavaScript.

Daripada segi spesifikasi, W20 5G dilengkapi paparan skrin utama seluas 7.3-inci dengan 1536 x 2152 piksel dan luar sebesar 4.6-inci beresolusi HD+. Pada jabatan kamera, W20 5G menyertakan enam lensa yang mana tiga dibelakang 12MP lebar + 16MP ultralebar + 12MP telefoto, sementara kamera depan 10MP + 8MP, dan luar pula 10MP.

Baca juga: [Ulasan] Samsung Galaxy Fold, Rekaan Menawan Tapi Terlalu Manja

Telefon ini menyediakan pengimbas cap jari bersebelahan dengan butang kuasa/kunci yang juga sebaris dengan butang laras suara. Ia dikuasakan bateri sebesar 4235mAh, sedikit kecil berbanding Galaxy Fold (4380mAh). W20 5G menyokong pengecasan pantas 15W yang dijana terus dari sumber kuasa terbaru, Snapdragon 855 Plus selain disertakan memori 12GB dan 512GB storan.

Tidak diketahui lagi sama ada telefon 5G boleh-lipat ini akan dipasarkan di luar China. Tiada tarikh khusus tetapi di China ia akan dibawa masuk melalui pembekal mudah alih terlebih dahulu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend