Telefon 5G Yang Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Untuk Pra-tempahan – RM3899 Comments Off on Telefon 5G Yang Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Untuk Pra-tempahan – RM3899

Pelancaran Vivo NEX 3 di Malaysia telah dijadualkan pada hari Khamis, 17 Oktober 2019. Ia hadir dengan paparan melengkung 88-darjah yang dinamakan Waterfall FullView Display selain didatangkan dengan cipset Snapdragon 855+, trikamera belakang 64MP, dan kamera depan 16MP pop-naik.

Hari ini, tanda harga Vivo NEX 3 telah diumumkan lebih awal dari jangkaan kami malah pihak Vivo Malaysia juga telah membuka pra-tempahan untuk peranti tersebut. Peranti ini dijual pada harga RM3899 dengan pilihan tunggal 8GB+256GB warna Glowing Night sahaja.

Setiap pra-tempahan, pelanggan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM699 dan ia boleh ditempah di kedai dalam talian Vivo Malaysia bermula hari ini.

Untuk pengetahuan anda, Vivo NEX 3 merupakan telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan 5G.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend