Telco Utama Di Taiwan Akan Menamatkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Pada 31 Disember 2018 Comments Off on Telco Utama Di Taiwan Akan Menamatkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Pada 31 Disember 2018

Memandangkan rangkaian 5G bakal diperkenalkan menjelang tahun 2019 nanti, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa telco utama di Taiwan bakal menamatkan rangkaian 3G menjelang hujung tahun ini.

Melalui pendedahan yang dibuat, kebanyakan telco utama di Taiwan menyokong lesen rangkaian 3G sehingga 31 Disember ini, dan buat masa ini masih belum dapat dipastikan sama ada lesen itu akan diperbaharui ataupun tidak. Malah telco utama di Taiwan seperti Chunghwa Telecom, Taiwan Big Brother, dan FarEasTone Telecom secara agresif telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelanggannya untuk menaik taraf ke rangkaian 4G.

Perkara ini ternyata memberi impak yang sangat besar, apabila pengguna rangkaian 3G di Taiwan telah mencatatkan penurunan kepada hanya 228,000 daripada 5.517 juta pelanggan sebelum ini. Berdasarkan ramalan yang dibuat oleh pengawal selia perniagaan telekomunikasi Taiwan, mereka menganggarkan seramai 100,000 pengguna lagi akan menaik taraf ke rangkaian 4G apabila rangkaian 3G ditutup nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend