Telco Three Di UK Mula Menawarkan Rangkaian Jalur Lebar 5G Menggunakan Penghala 5G HUAWEI Comments Off on Telco Three Di UK Mula Menawarkan Rangkaian Jalur Lebar 5G Menggunakan Penghala 5G HUAWEI 283

Three selaku salah satu daripada pembekal rangkaian telekomunikasi mudah alih (telco) terbesar di UK baru-baru ini telah dilaporkan sudah mula mengaktifkan perkhidmatan rangkaian 5G pertamanya secara rasmi bermula awal minggu ini. Namun untuk peringkat awal, perkhidmatan itu hanya boleh dinikmati pada jalur lebar di rumah sahaja.

Berbeza dengan pesaingnya seperti EE dan Vodafone, Three dilaporkan akan hanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 5G itu di sekitar bandar London dengan menggunakan penghala HUAWEI 5G CPE Pro Router. Menurut CEO Three, penawaran rangkaian jalur lebar 5G yang ditawarkan oleh mereka akan diperluaskan ke lebih banyak bandar di UK sehingga penghujung tahun ini.

Malah Three juga dikatakan akan mula menjual telefon pintar 5G seperti HUAWEI Mate 20 X 5G dan juga Xiaomi Mi MIX 3 5G dalam masa terdekat ini.

HUAWEI 5G CPE Pro Router

Menariknya telco di UK dilihat tidak mempedulikan amaran ancaman keselamatan yang cuba disogok oleh AS selama ini, malah Perhimpunan Perundingan UK sebelum ini telah melaporkan bahawa sekatan ke atas HUAWEI mungkin akan mengakibatkan negara itu akan ketinggalan 18 hingga 24 bulan untuk menjadi peneraju 5G global.

sumber

Baca juga:

Huawei Lancar Penghala 5G CPE Pro – Kelajuan Muat Turun Sehingga 4.6Gbps

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend